Prakata Penolong Kanan HEM
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة
Kembali lagi kita meneruskan
perjuangan sebagai pendidik dalam tahun 2021. Menelusuri Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia(2013 – 2025), pastinya kita telah terasa bahang transformasi yang telah
melonjakkan pembangunan kendiri kita .
Sekarang kita mula memasuki gelombang kedua PPPM. Dalam bidang
pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM), yang sentiasa berpaksikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan , peranan kita sebagai guru yang mendidik adalah untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ; insyaAllah berjalan
dengan lancar. Tahniah guru-guru yang sentiasa bertungkus-lumus ke arah itu. Harapan agar kita dapat
melonjakkan lagi paradigma bersama gelombang seterusnya.
Keterlibatan guru dalam
bidang pengurusan HEM merangkumi :
*
Pembangunan Pelajar ( keselamatan, kebajikan
dan disiplin )
*
Pengurusan ( rekod-rekod dan pendaftaran )
*
Pembangunan Organisasi ( hubungan komuniti
dan pembangunan profesionalisme )
Dalam bidang pembangunan
pelajar, aspek disiplin merupakan aspek
yang paling mencabar dalam bidang HEM. SMK Permatang Pasir juga tidak
terkecuali, namun masih di tahap baik dan terkawal. Pengertian disiplin yang bermaksud
kesanggupan individu iaitu murid
mematuhi undang-undang atau peraturan sekolah, menghormati hak individu lain,
mengamalkan tingkah laku yang baik, tolong-menolong dan sedia berkhidmat kepada
diri sendiri, sekolah dan masyarakat ; menjadi
suatu aspek yang berterusan untuk diuruskan oleh para guru . Kesabaran
tanpa rasa jemu dan kebijaksanaan para guru jugalah yang membantu kelancaran
urusan. Kejayaan melahirkan individu atau murid
yang bersahsiah dan berjaya dunia dan akhirat adalah amat diharapkan.
“Kejayaan adalah jumlah usaha yang kecil,
dilakukan setiap hari dan berulang kali”
(
Robert Collier, pengarang bestseller dan penerbit “The
Secret of the Ages” )
Akhhirnya, sama-samalah kita
mengorak langkah mengikut arus transformasi dan inovasi tanpa membelakangkan pekeliling-pekeliling
yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan membuat
keputusan seiring keputusan pemimpin sekolah demi kemantapan institusi SMK
Permatang Pasir. Semoga Allah
mempermudahkan dan melancarkan segala usaha kita. Amin. Terima kasih.
“ Tetapkan matlamat
dan kemudian susun aktiviti demi
kemenjadian anak didik kita ”
AZIMAH BINTI UMAR
( Penolong Kanan HEM )
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------